Panas

UCAPTAMA PRESIDEN PAS YANG PANAS DI HPU 914

Maka berakhirlah sudah Himpunan Penyatuan Ummah (HPU 914) di Dewan Merdeka, PWTC.

Selain ucaptama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang paling menarik perhatian orang ramai tentulah ucaptama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang bertajuk “Islam Memimpin Perpaduan Bersama Muafakat Nasional”.

Ucaptama ini kedengaran cukup bertenaga sekali dengan adanya istilah-istilah panas yang digunakan seperti “hantu-hantu penjajah”, “makhluk-makhluk perosak”, “Melayu yang menjadi kuda kayu yang ditunggang”, “ajaran salah” dan “komunis”.

Sama-sama kita teliti 10 petikan ucaptama Presiden PAS yang dijangka akan memanaskan lawan ini:

(1) Sekarang kita sudah Merdeka pada jasad, tetapi hantu-hantu penjajah itu masih berkeliaran merasuk pemikiran rakyat. Hantu-hantu penjajah ini yang paling benci dengan perpaduan Melayu dan paling marah dengan himpunan kita pada hari ini laksana kata: Melukut di tepi gantang, Buka sanggul mencari kutu, Orang takut akalnya hilang, Jumpa tunggul disangka hantu.

(2) Namun keadaan yang cerah sebenarnya perlu melalui perubahan semula landskap negara yang telah dirosakkan oleh makhluk-makhluk perosak yang masih berkeliaran ini, sama ada di kalangan bukan Melayu yang salah faham atau Melayu yang menjadi kuda kayu yang ditunggang!

(3) Apa yang dibimbangi pada hari ini adalah keberanian melulu di kalangan parti politik dan individu yang menunjukkan sikap mencabar kedudukan Islam, hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan Raja-raja, yang boleh mencetuskan ketegangan yang merosakkan hubungan yang telah terjalin dengan baik.

(4) Begitu juga kalangan orang Islam sendiri yang hilang jati diri Islam dan Melayu kerana laksana tikus kekenyangan dalam kepuk padi atau semut yang bergelimpangan dalam gula. Mereka ini turut sama berperanan merosakkan konsep dominasi kaum yang memimpin bersama Islam.

(5) Pengaruh Islam yang masuk ke dalam diri orang Melayu berjaya membentuk budaya bermasyarakat majmuk. Maka jangan sekali-kali ada yang mahu merungkai dengan konsep yang lain. Ini adalah sempadan lampu merah, kalau dinyalakan jangan dirempuh, kalau dirempuh parah padahnya!

(6) Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ dengan alasan menzalimi kaum lain adalah ajaran salah. Fahamlah di sini bahawa alam Melayu telah dicipta Allah, seperti juga alam bangsa lain. Cita-cita mahu menghapuskan bangsa, laksana mahu menghapuskan matahari dan bulan yang tidak mungkin dicapai oleh tangan manusia yang kakinya berpijak di bumi dan melihat ke angkasa lepas dengan pandangan yang terbatas.

(7) Maka teori ‘Malaysian Malaysia’ ke arah menghapuskan hak bangsa Melayu dan Bumiputera dan kedudukan agama Islam, adalah ajaran salah yang melanggar sempadan konsep negara ini yang wajib dipertahankan.

(8) Maka alasan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana diskrimasi terhadap kaum lain adalah tidak benar, bahkan Melayu dan Bumiputera paling menjadi mangsa di zaman penjajahan sejak beratus tahun kerana mereka dahulu berada di sini dan lebih awal menentang penjajah dan menjadi mangsa pertama kezaliman penjajah.

(9) Marilah kita kekalkan sistem demokrasi dan menyuburkannya. Halang campur tangan asing terhadap perubahan negara kita. Biarlah kita sendiri yang membuat perubahan. Maka potongkan tangan-tangan yang melambai ‘makhluk asing’ untuk mengacau negara kita!

(10) Perjuangan komunis yang menolak agama dan bangsa bukan tempatnya di sini, maka perjuangan komunis juga adalah suatu bentuk penjajahan untuk mengambil tempat penjajah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s